Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

MALU : KALUNGAN MUTIARA MENGHIASI DIRI HAWA

Sumber: Majalan Gen-Q edisi 04


Sifat malu adalah perasaan yang dapat membenteng seseorang Mukmin lelaki atau perempuan daripada melakukan perkara yang menghancurkan dan menjatuhkan maruah diri.

‘’Sekiranya seorang lelaki itu memilikisifat malu, nescaya dia adalah seorang lelaki yang soleh dan sekiranya seorang lelaki memiliki sifat keji, nescaya dia seorang lelaki yang jahat’’  {Saidatina Aisyah r.a.}

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: ‘’sesungguhnya bagi setiap agama itu akhlak, dan akhlah Islam adalah malu’’

Hadis Rasulullah diatas menerangkan kepentingan sifat malu kepada umat Islam kerana sifat malu merupakan akhlak seseorang Muslim.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: ‘’sekiranya kamu tidak berasa malu maka buatlah apa yang kamu inginkan’’

Hadis kedua ini pula merupakan amaran keras kepada Muslim kerana tanpa sifat malu pasti mereka akan terjebak dengan dosa.

Renungilah makna ayat yang ke-25 daripada surah al-Qasas. Ayat yang menceritakan bagaimana dua orang puteri Nabi Syuib keluar bekerja dengan member minum binatang ternak dan al-Quran menggambarkan salah seorang puteri Nabi Syuib yang memelihara maruah dirinya dengan berbekalkan sifat malu memohon bantuan kepada kaum lelaki iaitu Nabi Musa. Anak Nabi Syuib keluar bekerja dengan memelihara batas-batas agama dan menjadikan malu sebagai perisai dan benteng keimanannya. Dia dikatakan bercakap dengan Nabi Musa sambil menutup mukanya dengan baju dan tangannya.

         POSITIF
  • Sifat malu adalah perisai Mukmin daripada melakukan maksiat.
  • Malu adalah akhlak al-Quran  yang terpuji.
  • Memiliki sifat malu adalah bukti Mukmin yang luhur imannya dan suci.

    NEGATIF
  • Tanpa malu iman seseorang akan rosak.
  • Tanpa malu seseorang itu akan jauh daripada Allah.
  •   Hidup seseorang akan berada dalam kehinaan.

3.