Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

PROGRAM ASSESSMENT CENTRE 2019 (PAC) Pegawai Pembangunan Operasi S29

*download di Google .gif*
25 Jun 2019
Nak teruskan dengan cerita perjalanan PAC saja lah. Tak perlu bebel-bebel panjang lebar.

Ini untuk PAC di Jabatan KEMAS, ya.
Ok. So...
Jam 8 pagi masuk & tunggu daftar.
Pegawai mereka buka kaunter ikut negeri. Satu Malaysia turut serta dalam PAC masa ni. So dekat situ dah jadi pecahan berkumpulan ikut negeri.
Kami diberi bilik utk assessment.
Masuk bilik 5- semua calon Selangor. 
Lain negeri, lain bilik.

Diberi pecahan lagi ikut kumpulan bilik pula. 
Kumpulan A - 8 orang yang pertama masuk dulu.
Kumpulan B - 8 orang yang kemudian masuk pula.

Ada dua aktiviti shj. Tiada ujian bertulis.
Sesi pertama jam 9 pagi. Kumpulan A masuk.
Panel beri satu situasi. Kajian kes kami - satu kampung ni nak galakkan pelancongan, kena bincang dari segi pertanian, penternakan, pelancongan. Semua 8 orang tadi akan mesyuarat dan lantik AJK. Bincang kebaikan, keburukan, bajet, outcome, impak semua lah yang disuruh dalam soalan yang panel dah terangkan.
So meeting lah dalam masa 45 minit tu.
Kemudian, lebih kurang 10-15 minit lagi bentangkan hasil meeting.
Dekat sini semua orang kena bersuara. Panel nilai dari suara kita. Tak kisah idea betul salah. Asalkan keluarkan pendapat & participate.

Selesai sesi pertama. Jam 10 kami keluar.
Kumpulan B pula masuk. 
Kumpulan A yang dah keluar tadi cabut undi untuk topik public speaking - in english.
Ini individu. Dalam masa sejam, tunggu kumpulan B keluar tu boleh la tulis2 idea, buat esei apa semua.
Bila selesai kumpulan B keluar, jam 11 tu, kumpulan A masuk pula untuk public speaking.

Panel briefing dulu & mulalah pembentangan atau speech public speaking kita tadi.
Yang ini elakkan baca je, jangan jadi macam aku. Gagap takpe, lupa boleh intai2 teks, panel memang dah kata nervous is ok, thats sign of being human 😂 Public speaking 5 minit je seorang. Panel ada loceng. Tapi mostly 2-3 minit dah habis cakap.

Itu saja. Lepas tu dah boleh balik.
Ini lah gambaran sedikit sebanyak nak bagi korang tak nervous. Ada macam-macam versi cerita kalau kita Google lagi.
Manfaatlah masa dengan membaca.

Ok, itu saja. Semoga berjaya semua!