Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

UMRAH | "Labbaika Allahomma Labbaik"

Alhamdulillah, sudah selamat mendarat di Kuwait & Jeddah. Transit kat sana. Selamat menginap di Madinah selama 3 hari 2 malam, dan di Mekah 6 hari 5 malam. Begitulah anggarannya kalau tak silap, saya pun dah tak ingat berapa hari di sana. Yang pasti, terbang 11 Feb 2013 dan balik ke Malaysia 22 Feb 2013.

Apa yang nak dicakapkan? Hmmm...

Taktahu nak cakap apa sebenarnya. Nak taip panjang-panjang pun nanti orang taknak baca. Taip ni pun sebab ramai yang tanya di facebook.

Pendekkan je dari mula penerbangan sampai lah tiba di KLIA ye...

Mula bergerak ke KLIA dalam kurang lebih jam 11 malam pada 11hb. Tunggu sampai pukul 3 pagi di KLIA, akhirnya terbang juga ke Kuwait. 

Terbang terbang terbang........

Dalam kurang lebih 8 jam dalam kapal terbang, akhirnya sampai di Jeddah. Kami transit di sana. Alhamdulillah selamat mendarat.

Tunggu dalam 1 2 jam, naik kapal terbang lagi terus ke Madinah Al-Munawwarah. Alhamdulillah selamat mendarat lagi. Menginap di hotel separa mewah, boleh di beri 5 bintang.. atau mungkin memang hotel itu adalah hotel 5 bintang. Apa yang best sekali adalah hotel ni sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Jadi, takdelah susah payah sangat nak ke Masjid Nabawi.

Hotel. Al-Majeedi Arac Suite, Madinah Al-Munawwarah.

Suasana, depan Masjid Nabawi.
Masjid Nabawi.

Babus salam. Pintu masuk ke Raudhah, bagi lelaki sahaja.

Air zam-zam merata. Ada sejuk & suam.
  •  Pengalaman paling tak dapat lupa kat masjid Nabawi :
Masa nak masuk dalam Raudhah & makam Nabi Miuhammad SAW. Raudhah tu adalah taman-taman syurga. Antara tempat mustajab doa. Bila nak masuk situ, pengawal wanita akan kawal kemasukkan kami. Musim umrah kali ni dah macam musim haji, ramai sangat.. Bila nak masuk Raudhah tu, habis lah berebut-rebut sampai langgar-langgar, nafas tercungap-cungap sebab terpaksa berhimpit dengan ramai orang dengan pelbagai bau. Allah... *bayangkanlah*

Tak dapat tangkap gambar Raudhah dan makam Rasulullah sebab masjid Nabawi dia memang kawal ketat, perempuan tak boleh bawak masuk camera. Lagipun time tu memang tak teringat nak bawak camera. Handphone ada tapi memang tak sempat nak tangkap gambar apa pun sebab dah berasak-asak sangat masa tu T_T
_____________________________________________________________________________________

Lepas 3 hari di Madinah, kami teruskan perjalanan ke Mekah pula. Dari Madinah ke Mekah naik bas je, dalam 4 5 jam. Kami singgah di Masjid Bir Ali sebab Miqat kami di situ. Tempat untuk niat umrah.

Masjid Bir Ali
Sepanjang perjalanan dalam bas, kami bertalbiah :
"Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Ni'matah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka."

Maksudnya : 
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu"

Sampai je di Mekah dah malam dah. Kami buat umrah tengahmalam. Best! Sejuk dan bersemangat. 

Kami mulakan dengan tawaf , lalu saie dan tahallul.

Selesai tawaf.

Tempat saie. Bukit Safa ke Bukit Marwah 7 pusingan

Selesai saie. Bertahallul (bercukur/potong sekurang-kurangnya 3 helai rambut disini juga)
  •  Pengalaman tak dapat lupa di Mekah :
Terlalu banyak.... SANGATTTTT banyak. Akan diceritakan kelak jika rajin :)

Sekalung terima kasih buat :
Ya Allah, jauhkan lah aku dari sifat riak. Jauhkan lah perasaan sangka buruk terhadap aku. Jauhkanlah kami semua dari segala bentuk prasangka / perasaan & sifat yang negatif. Tumbuhkan lah rasa cinta & kasih kepada kami terhadap satu sama lain. Jadikanlah hati kami semua jatuh cinta pada Tanah Mekah & Madinah Mu ini ya Allah. Jika ini baik buatku, maka kekalkan posting ini. Jika tidak, gerakkan lah hatiku untuk memadamkan semula posting ini. Ya Rabbi, terimalah umrah kami. Bantulah kami, lemparkan lah hidayah dan petunjukMu kepada kami. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui setiap apa yang terdetik di hati ku, tak kira yang tersurat mahupun tersirat. Aamiin Ya Allah. With love, me -AH, 1434H-

SAJAK : Kota Suci




Riuhnya menodai kehidupan baru,
lembutnya menggoda jiwa baru,
angin paginya menerpa susuk tubuh,
ku nikmatinya
penuh damai,
penuh kasih.

Ke sana,
ke sini,
ada saja yang 
menjerit, memekik, melolong,
"lima riyal, lima riyal"
"murah, murah!"
"lihat dulu, lihat dulu"
dengan harapan
ada yang sudi menjenguk
bukan sekadar itu, 
malah lebih.

Setiap detik,
hati pasti berdebar
dengan anggapan 
"adakah aku yang akan pergi selepas ini?"
Allah, 
tarik nyawaku andai sudah layak aku
ditempatkan bersama para kekasihMu.

Tidak kurang juga
setengah makhluk yang bernama insan,
lemah tak terdaya,
tangannya hilang,
kakinya lemah tak terdaya,
merintih-rintih
agar diberikan sedikit belas kasihan,
dan dihulurkan bantuan.

Allah,
jemputlah aku lagi,
jemputlah kami lagi,
berikan kami ruang
dan peluang 
untuk bertemu kekasihMu.
Kekalkanlah rasa cinta ini.
Kabulkanlah permintaanku sewaktu disana.

Hanya engkau
Yang Maha Mengetahui
apa yang tersurat
dan yang tersirat.

Klik here --> Album A Small World with Thousand Memories (Privacy Setting : Friends of Friends)