Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

Sajak : Aku Seorang Anak Kecil

Iye, aku anak kecil. Anak kecil yang mahu kecapi segalanya.
Aku seorang anak kecil
yang cuba bertatih
mencari segenap ruang untuk terus hidup.

Aku seorang anak kecil
yang merangkak
mengutip serpihan ilmu sang dewasa.

Aku seorang anak kecil
yang merengek-rengek
meminta doa dari semua pencinta.

Aku seorang anak kecil
mahu bangkit meskipun terlalu lemah
mahu berjaya meskipun sering gagal
mahu berani meskipun selalu diperlekeh.

Aku seorang anak kecil
punya impian
punya harapan
yang hanya aku dan Yang Maha Esa sahaja yang tahu.

-AHMMJRA-