Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

SAJAK : Hujan Rahmat.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih boleh post.

Apa khabar semua? Sekarang musim hujan kan? Sejuk. Alhamdulillah, Allah masih beri hujan. Syok hujan-hujan ni.. Tidur pun lena je. Hihi.. Jangan sampai terlupa buat kerja yang patut ye!

Masa duduk kat Kelantan suatu masa dahulu, hujung tahun macam ni hujan boleh dikatakan sepanjang hari. Ada tempat yang banjir. Ada satu rumah tu, daif sangat. Bila banjir, lagi teruk. Yang tinggal kat situ, nenek tua. Sebelah rumah ada jiran, rumah agak 'tinggi' tapi entah, macam tak pedulikan nenek tu. Apapun, moga-moga tahun ni nenek tu selamat dari banjir dan akan/telah dapat perhatian daripada masyarakat yang prihatin untuk membantu.. Aamiin.

Hujan
Air lebat terjun jatuh dari langit 
Air yang memberi seribu satu rahmat
Air dingin pembawa ketenangan

Pabila renyai,
kanak-kanak riang
umpama baru ketemu pelangi indah
yang mahu digapai untuk menyempurnakan hidup.

Pabila guruh,
ada segelintir yang menangis
tanda ketakutan
umpama hari ini pasti kiamat tiba.

Pelbagai rintihan sang dewasa,
Ia mengganggu perjalanan hidup kita,
Jangan disesali.
Percayalah ada yang lebih baik
kerana
sesungguhnya
Dia telah merancang yang terbaik
dari yang baik buat kita. 

Saat ini pantas dimanfaatkan,
Jauhi kufur nikmat,
Hindari kufur hakikat.

-AHMMJRA-