Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

UMRAH | Hikmah Sai'e

 
Tempat saie sekarang sejuk, jalan je jumpa air zam-zam, ada sejuk ada suam, tengah kita jalan tu ada je orang sedekah air teh halia. Boleh berhenti rehat kejap kalau penat.

Ruangan Saei (2013)
Dulu zaman Siti Hajar carikan air untuk anaknya, Nabi Ismail..... Bayangkanlah. Jauh tak juga, lebih kurang 400-500m dari Safa-Marwah 7 kali. Tapi dia berpanas. Air pula takde masa tu. Berlari-lari anak lagi tu. Ada yang berpendapat, dia tidak berkasut waktu itu. MashaAllah.

Itulah dia, Siti Hajar. Seorang ibu. Keyakinannya terhadap Allah sangatlah kuat walaupun kebarangkalian untuk mendapatkan air pada waktu itu sangatlah tipis.

Hakikatnya, pembaca semua.. dalam kehidupan seharian kita pun terkadang rasa lelah, penat dan mahu senang berputus asa dengan ujian yang Allah beri. Jika diri kita mulai rasa sebegitu, ayuh didik diri menjadi insan yang sentiasa mendahulukan Allah dalam apa jua hal. Berdoalah, yakinlah dengan berdoa, ada takdir yang boleh berubah, dengan izin Allah, insyaAllah.

Dalam pada itu, kita boleh lihat betapa positifnya seorang Siti Hajar ini dengan ketentuan Allah. Dalam keadaan yang kering kontang, dia tetap meneruskan perjalanannya mencari air demi kasih sayangnya sebagai ibu kepada Nabi Ismail dan sebagai tanda ketulusan cintanya kepada Allah, dimana dapat kita lihat dengan berkat kesungguhan dan keyakinannya terhadap Allah hanya dengan mengaplikasikan senjata mukmin, iaitu doa, air zam-zam itu muncul. Subhanallah.

SAJAK : Pengalaman Semalam

Setiap apa yang berlaku dalam hidup, kita sepatutnya bersyukur. Tidak kira ia pahit, atau manis. Bersyukur kerana, setidak-tidaknya yang pahit itu akan kekal dalam ingatan untuk dijadikan sempadan kita dalam membuat sesuatu perkara. Yang manis akan dikongsi bersama. Merungut? Ahh, tolak tepi. Menangis? Silakan jika itu yang membuatkan kau sedikit reda & redha. Meratap? Tidak perlu kerana semuanya takdir, takdir yang tidak bisa kita lumpuhkan walau dengan apa cara sekalipun.

Belajarlah dari pengalaman semalam. Semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang. Selamat tinggal pengalaman pahit semalam!

Hari-hari lalu,
indah
telah ku redah.
Pahit
telah ku telan.

Kian lama,
kian mengundang parah.
Dusta nista,
janji palsu,
pujian menggetar hati
itu menggoda jiwa.

Ahh,
hatiku calar.
Jiwaku lemah.

Aku,
telah ternoda dengan
khayalan jiwa.
Kau,
harus pergi.

[KOMIK] 'Sampai Syurga' karya Asivt Hasif & Husna Humairah

Sampai Syurga ini adalah sebuah komik. InsyaAllah, masih lagi dalam proses.
Sumber : Instagram @ehunaaa
dan Alhamdulillah dengan izin Allah, saya sebagai penulis karya ini dah pun siapkan tulisan saya. Ada yang belum baca lagi Prolog : Sampai Syurga? Jangan lupa pergi baca cepat. Try google pun boleh.
Nak senang [ klik sini ] terus =)

Isi kandungan Sampai Syurga
Perancangan kami yang seterusnya pula adalah : InsyaAlah, nak terbitkan jadi komik. Kami dalam proses menyiapkan proposal untuk dihantarkan kepada beberapa buah pihak penerbit. InsyaAllah.

Kami percaya kepada rezeki Allah. Jika penerbit menolak karya kami , InsyaAllah mesti ada sebabnya. Hasif sendiri akui lukisan dia kurang mantap. Kami akan hantar kepada beberapa penerbit. Kalau semuanya reject, tak mengapa. Kami akan publish Komik : Sampai Syurga itu di sini. InsyaAllah.

Kalaulah ada rezeki buat komik ni, pembaca blog ni beli lah yeeee komik tu nanti =)
Doakan kami berjaya ya!
Tak lupa kami juga akan doakan kalian berjaya dunia & akhirat :) InsyaAllah ^^
  • Kepada yang nak ikuti perkembangan kami (di facebook), boleh add Hasif & follow saya Husna.
  • Pemberitahuan : Saya juga jual Tshirt Muslimah, Tshirt Muslim, Blouse, Jubah, Tudung Bidang '55.. Jadi, kalau nak beli, jangan lupa add saya di facebook kedua saya [ini]