Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

PROGRAM ASSESSMENT CENTRE 2019 (PAC) Pegawai Pembangunan Operasi S29

*download di Google .gif*
25 Jun 2019
Nak teruskan dengan cerita perjalanan PAC saja lah. Tak perlu bebel-bebel panjang lebar.

Ini untuk PAC di Jabatan KEMAS, ya.
Ok. So...
Jam 8 pagi masuk & tunggu daftar.
Pegawai mereka buka kaunter ikut negeri. Satu Malaysia turut serta dalam PAC masa ni. So dekat situ dah jadi pecahan berkumpulan ikut negeri.
Kami diberi bilik utk assessment.
Masuk bilik 5- semua calon Selangor. 
Lain negeri, lain bilik.

Diberi pecahan lagi ikut kumpulan bilik pula. 
Kumpulan A - 8 orang yang pertama masuk dulu.
Kumpulan B - 8 orang yang kemudian masuk pula.

Ada dua aktiviti shj. Tiada ujian bertulis.
Sesi pertama jam 9 pagi. Kumpulan A masuk.
Panel beri satu situasi. Kajian kes kami - satu kampung ni nak galakkan pelancongan, kena bincang dari segi pertanian, penternakan, pelancongan. Semua 8 orang tadi akan mesyuarat dan lantik AJK. Bincang kebaikan, keburukan, bajet, outcome, impak semua lah yang disuruh dalam soalan yang panel dah terangkan.
So meeting lah dalam masa 45 minit tu.
Kemudian, lebih kurang 10-15 minit lagi bentangkan hasil meeting.
Dekat sini semua orang kena bersuara. Panel nilai dari suara kita. Tak kisah idea betul salah. Asalkan keluarkan pendapat & participate.

Selesai sesi pertama. Jam 10 kami keluar.
Kumpulan B pula masuk. 
Kumpulan A yang dah keluar tadi cabut undi untuk topik public speaking - in english.
Ini individu. Dalam masa sejam, tunggu kumpulan B keluar tu boleh la tulis2 idea, buat esei apa semua.
Bila selesai kumpulan B keluar, jam 11 tu, kumpulan A masuk pula untuk public speaking.

Panel briefing dulu & mulalah pembentangan atau speech public speaking kita tadi.
Yang ini elakkan baca je, jangan jadi macam aku. Gagap takpe, lupa boleh intai2 teks, panel memang dah kata nervous is ok, thats sign of being human 😂 Public speaking 5 minit je seorang. Panel ada loceng. Tapi mostly 2-3 minit dah habis cakap.

Itu saja. Lepas tu dah boleh balik.
Ini lah gambaran sedikit sebanyak nak bagi korang tak nervous. Ada macam-macam versi cerita kalau kita Google lagi.
Manfaatlah masa dengan membaca.

Ok, itu saja. Semoga berjaya semua!

Manusia


Berapa lama dah aku hidup kat bumi ni
Sepanjang aku hidup
aku dah mula jumpa sendiri istilah-istilah

'jangan harapkan manusia.'
Betul
dalam dunia tak ada orang yang kita boleh harapkan
untuk dia buatkan semua untuk kita
atau ada selalu dengan kita
atau nak manusia jugak temankan kita, ringankan beban kita
No way!
kadang-kadang manusia tu sendiri yang jadi beban baru
untuk kita.

'jangan rapat/baik sangat dengan seseorang'
Mula-mula diakuilah kita akan suka pada sikap dia
Tapi lama-lama tu, kalau tak tahan
dan kalau perangai sebenar dia dah terkeluar
kita akan mula benci dia
sampai satu tahap
tak percaya pulak ada orang kutuk belakang
tapi bila depan-depan layan kemain baik.

'tak perlu dedahkan identiti kita hanya untuk buat orang faham kita'
Sangat-sangat tak perlu
Aku rela je orang gelakkan aku,
gelakkan cita-cita aku,
doakan aku 'rugi' apa semua
asalkan bila sampai satu masanya nanti,
dia nampak sendiri aku betul dalam ambil tindakan ni
dan yang digelakkan dulu tu akan jadi bahan untuk dia jawab semula pada diri dia sendiri.

sebagaimana toughnya aku hadapi dunia sebelum-sebelum ini
tanpa kalian yang baru mengenali aku
aku harap begitulah toughnya aku hadapi kalian kini
dan jalan-jalan seterusnya.

manusia ni macam-macam kan..

POEM : Lillahi Taala


I am here
not only for sit in examination
I am here
not for 4 flat
I am here
not for anugerah naib canselor
I am here
not looking for soulmate

I am here
to make myself better
I am here
for the seek of knowledge
I am here
for mardhatillah
I am here
lillahi taala

Please...

we're not in the same mission
we're not for the same purpose
we're came from different background

Please...

don't make me down
don't be so proud to be here
don't let yourself feel so comfortable

Please...
Let me
stand for my mission
Lillahi Taala

If you really know what is the meaning of
lillahi taala
If you really know.....