Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

Puisi : Aku Penulis Itu

Petang tadi, online facebook jap. Sambil sambil tu tengah edit blog Miss Erin.. Tak siap lagi tu. Tangguh tangguh. Buruk pulak edit kali ni -..- Entahlah, takde idea sebab dah lama tak edit blog kot. Okay, pastu dapat inbox dari seorang akak dari Jordan. Dia inbox puisi buatan dia untuk aku :') 
Terharu beno :')
Aku seorang penulis,
Ku kutip pengalaman,
Di jalanan kehidupan.


Aku seorang penulis,
Berbantalkan akal manusia,
Dayaku juga berbatas ilmu dan rasa.

Aku seorang penulis,
Ingin bercakap denganmu,
Dengan bernada,
Aku sebagai manusia.

Aku seorang penulis,
Ingin memahami rasamu,
Dan rasa kita bersama.

Biar nakhoda kehidupan ini,
Kita layari,
Sampai ke noktahnya,
Yakni mahligai syurga. - A.O 

Syukran Jazilan kak. Ukhuwah fillah abadan abadan, InsyaAllah.... :')

Credit to Aftiey Az-Zarqa <-- tengok blog dia.

Cerpen : 'Aku Kecundang'

Angin malam menyapa lembut diriku. Jam dindingku menunjukkan tepat 3:40 pagi. Selesai tahajudku, selesai solat taubatku. Aku masih merasakan diri ini hina. Sungguh perbuatan masa lampau membuatkan aku diam terpaku memikirkan seribu satu alasan mengapa diriku leka sehingga mampu melakukan perkara terkutuk itu. Nafsu. Syaitan. Itulah alasan utamaku. Aku kini dicampak oleh keluarga dan sahabatku sendiri. Aku dipulaukan. 

Setahun yang lalu... Aku terlalu mengikutkan kehendak nafsu, aku terlalu sibuk memberi makan kepada nafsuku. Aku mempunyai sahabat yang sangat menyayangiku, sangat memahamiku. Tetapi arahnya bertentangan dengan agamaku. Aku hidup dengan masyarakat hedonistik. Terlalu mementingkan segala hal keduniaan. Aku alpa, aku leka, aku lalai, aku silap. Allah, ampunkan aku..

"Far, jom club malam ni" Jemputan manis teman lelakiku yang bergelar Shaz. Club merupakan tempat persinggahan buatku setiap malam sebelum aku ke rumah Shaz untuk bergembira bersama teman-teman rapat 'seperjuangan'ku.

"Jom. Pukul 10 malam jemput sayang di rumah Ibu" Sambutku gembira. 

Rumah adalah neraka duniaku. Ibu dan ayah telah bercerai lima tahun yang lalu dan ibu berkahwin dengan lelaki lain yang ku gelar Papa. Papa sangat open-minded, sering membenarkan aku keluar dan pulang lewat malam. Sangat berbeza dengan ayah. Ayah dan ibu sering bertengkar akibat perselisihan faham kecil. Ayah seorang yang tahu hal agama. Manakala, ibu seorang yang terlalu leka dengan urusan perniagaannya bersama 'geng datin'nya. Ibu mula berubah sibuk dengan hal keduniaan semenjak berkahwin dengan Papa.

Apa yang aku belum pernah merasa di club, nikmat dunia semua sudahku sedut. Aku sering melakukan zina ringan dengan pelbagai jenis jantan. Tetapi malam itu, aku benar-benar terjebak. Shaz telah pun meratah mahkota termahal milikku. Aku hamil. Sekaligus didapati menghidap HIV.

Aku ibarat mahu mati hidup kembali. Aku merasakan diriku dipandang hina oleh masyarakat sedangkan mereka memandangku dengan penuh kasih dan sayang. Ibu tidak lagi mahu menanggapku sebagai anaknya, ayah hilang entah kemana, Papa tidak pernah peduli. Shaz lelaki yang menodaiku, melarikan diri ke luar negara. Aku hilang segala-galanya.

Aku tidak tahu harus kubawa diri kemana. Lantas aku ke masjid untuk kedua kalinya seumur hidupku. Aku sedar akan keindahan masjid. Aku sedar kekuasaan Allah saat ini. Aku menangis sendirian. Aku mulai rebah. 

Entah berapa lama aku rebah disitu, aku dikejutkan oleh seorang wanita tua bertudung labuh. Aku menceritakan segalanya pada dia. Tak kutahu dimana keberanian dan keikhlasan itu datang untuk menceritakan sejujurnya kepada wanita tua itu. Dia membawaku pulang ke sebuah teratak indah yang tertera dihadapannya Teratak Syurga.

Disinilah aku belajar erti kehidupan sebenar. Kehidupan yang membawaku ke arah redha Tuhan yang menciptaku. Aku belajar solat, aku belajar mengaji al-Quran. Disini juga tempat aku melahirkan bayi didalam kandunganku. Aku berharap agar cahaya mata kurniaan Tuhan ini akan diambil oleh sepasang kekasih halal yang akan menjaganya dengan kehidupan yang lebih baik. Aku tidak kuat untuk menjaganya dengan kudratku, aku lemah. Imanku goyah. Setiap kali aku melihat bayi itu, aku akan teringat kisah lampau yang membuatkan diriku terasa terlalu hina.

Inilah pengakhiran hidupku. Mengabdikan diri untuk Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah membukakan pintu taubat buatku. Aku kian sedar bahawa keindahan dunia tidak akan kekal. Nafsu tidak pantas untuk dituruti semahunya. Nafsu harus dikawal. Iman perlu ditambah, perlu kuat dan tetap pada pendirian Islam.