Sollu 'alan nabiyy ;) Allahumma solli 'ala saidina Muhammad

NOTA : Secebis Harapan

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberi ruang dan peluang untuk daku meneruskan penulisan buat perkongsian rakan-rakan sekalian. Maha Suci Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Entri ni dah lama ditulis, cuma sebelum ni agak tergantung sedikit, tu yang tak jadi nak publish. 

**NOTA ini tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. Perkongsian peribadi.

Hari ni, dengan izinNya, insyaAllah berjaya juga publish untuk kalian baca. Tajuk yang daku rasa tiada motif, melainkan sebenarnya daku buntu taktahu nak letak tajuk apa. Hahaha..

Jangan terlalu serius. Usah kalian berkerut dahi. Rileks.. Istighfar. Perkongsian kali ini sangat santai. Cuma mahu daku kongsikan tentang 'harapan'.


Kita sebagai manusia, bagiku... sering tidak lari dengan pilihan dan perasaan. Ouch, memandangkan diri daku sebenarnya arghh dalam dilema juga mungkin. Tersekat, tertanya-tanya, tersepit, ter segala ter lah ada pada daku sekarang ni. 

Apapun, kita perlu ingat, setiap apa sahaja yang berlaku pada kita pastinya membawa hikmah tersendiri. Bilamana kita mulai rasa harapan yang kita berikan itu terbantut akibat pilihan mahupun perasaan, adalah lebih baik kita berfikir semula. Oh ya, diingatkan supaya jangan hanya berfikir. Berdoalah. Berusahalah.

Kembali ke jalan yang diredhaiNya.
Izinkan daku mengulas sedikit. Sebagai manusia normal, bila dihulur sebuah harapan, pasti tergantung diantara dua. Pilihan atau perasaan. Harapan yang mana sebenarnya kita sendiri tidak pasti, samada patutkah ia wujud atau sebaliknya.

Walauapapun harapan yang kalian sedang bina, atau telah bina...daku hanya mahu coretkan beberapa resepi rahsia untuk kalian terus teguh dengan harapan itu. Mungkin cara kita berbeza, tetapi insyaAllah resepi daku ini boleh membantu kalian.

Penyelesaiannya sebenarnya amat mudah. 
  • Percaya
    Sebagai umat Islam, wajib bagi kita berpegang teguh pada rukun Iman. Percaya pada qada' dan qadar Allah. Walauapapun, keputusan atau kejadian diakhir perancangan kita, haruslah kita ingat dan sentiasa percaya bahawa nikmat Allah itu luas. Hari ini Dia beri kita sedikit kecewa, ingat ya! Esok Dia hadiahkan kita sebuah kegembiraan yang pasti kita sendiri tak mampu luahkan.
  • Berbincang
    Manusia seperti kita tidak pernah lari dari ego yang mengongkong diri. Usah biar ego meratap ragus harapan kita. Bawalah berbincang. Setiap permasalahan itu ada penyelesaiannya. InsyaAllah.
  • Beri dan dapat
    Satu resepi yang sering diucapkan oleh Prof Muhaya. Kita jangan jadi manusia yang hanya selalu 'dapat'. Rajin-rajinkanlah juga diri 'memberi'. Jangan sering mengharap kasih dari orang, tetapi diri sendiri tidak pernah memberi kasih. Bila diberi tanggungjawab, amanahlah. *mendalam point ini. berfikirlah diluar kotak*
  • Matang dan berfikiran terbuka
    Tua tak bermakna kita lebih benar. Muda tak bermakna kita silap. Matang itu berkait rapat dengan pemikiran, bukan usia. Tolak ansurlah dalam bertukar pendapat. Sentiasa menerima pandangan manusia lain. Hormat menghormati tetap perlu, takkira tua mahupun muda.
  • Sabar
    Sentiasa sabar menghadapi kerenah, masalah. Jangan lekas marah, jangan lekas mahu ikut emosi. Keep calm and sabar! Hehehe
  • Doa, usaha, tawakal
    Medium tiga serangkai yang tidak akan pernah lari walau apa jua perkara dalam hidup. Perbanyakkan doa, berusaha semaksima mungkin dicampur, dan akhir sekali, selesai semuanya, bertawakallah kepadaNya. Keputusan dan pengakhirannya insyaAllah adalah yang terbaik buat kita :)

Jalanan kehidupan kita tak semestinya indah seperti yang dilakar. Terkadang pasti tercalit sebuah liku mahupun duri yang bisa melukai. Tapi percayalah, setiap luka itu akan menjadi manis akhirnya bila kita sudah dapat mencapai hasrat atau harapan utama.

-Adakah harapan itu akan dibiar kekal menjadi hanya sebuah memo contengan minda kita? Kalian fikir dan buatlah keputusan sebaik mungkin. Semoga Allah permudahkan urusan kalian, daku, dia, kami dan kita semua.... Barakallahu fikum!

Selamat Mengejar 10 malam terakhir Ramadhan!

1 comment:

NurulAinEddihar said...

Assalamualaikum . . terima kasih atas perkongsiannya . . :)